Gears

by Everett Holt

Hello semua !

Setakat sekarang , syukur saya sudah miliki beberapa peralatan ini dalam bidang photographer . Untuk membaca review saya mengenai peralatan tersebut , klik linknya , okey ?

Update : Oh ya, kalau kalian punyai masa, jangan malu-malu untuk melawat koleksi foto saya di sini.

  1. Nikon D3000 – (10 November 2009)
  2. Nikon D300s – (15 September 2011)
  3. Nikon Flashgun SB-700 – (15 September 2011)
  4. Sigma Wide Lens  10-20mm f4 – (13 Jun 2012)
  5.  Tamron Zoom Lens 18-270mm f3.5 – (13 Jun 2012)
  6. Nikkor Prime Lens 85mm f1.8 – (13 Jun 2012)
  7. Nikkor Prime Lens D 50mm f.1.8 – (15 September 2011)
  8.  Reflector 5 in 1 – (23 Ogos 2012)
  9. Bag Lowepro – Nova 190 AW – (13 Jun 2012)
  10. Winner Bag ( Pro Design )- (15 September 2011)

• TAHUN 2011 •

 Mula-mula dulu ayahlah yang telah belikan sebuah kamera DSLR untuk saya. Itulah kamera pertama saya dalam hidup !

Pada ketika itu, ianya merupakan salah satu peralatan tercanggih sehinggalah Nikon hentikan penjualan D3000 pada akhir tahun 2011 atas beberapa sebab tertentu .

Untuk sesiapa yang membeli nikon d3000 pada ketika itu, setiap pembelian akan mendapat sebuah beg Nikon Original , Memory 8 G  & sun Filter .

Untuk pembelian permulaan untuk kamera jenis ini, selalunya akan dibekalkan bersama kit-lens 18-55mm f3.5 . Untuk membaca review mengenai lens ini , baca sini.

D3000 telah diganti dengan gear seterusnya dan ianya sekarang diguna untuk mengajar adik-adik mengenali dunia kamera.


• TAHUN 2012 •

Saya menambah kolesi kamera saya dengan membeli D300s dan beberapa lens yang lain. Setakat sekarang, ianya berbaloi untuk digunakan untuk wedding, sport dan photoshot dimana-mana tempat. Saya banyak membaca mengenainya di dpreview sebelum menjadikan ianya cita-cita. Saya akan banyak bercerita mengenainya di dalam blog ini jika kalian tekun membacanya. Kebanyakkan gambar yang dibuat watermark pahan.my di dalam blog ini merupakan hasil gambar yang diperoleh dari d300s.


Wishlist :

  1. Nikon D4